LightBlog
Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Sunday, 20 December 2015

ILMU, SULUK & DAKWAH TIDAK DAPAT DIPISAHKAN

3:43 am 0

ILMU . SULUK . DAKWAH

Syeikh Maulana Muhammad Ilyas al-Kandahlawi rahimahullah berkata:

“Hasil daripada ILMU ialah wujudnya AMAL. Dan hasil daripada AMAL ialah wujudnya ZIKIR..

Apabila ILMU tidak wujudkan AMAL (hanya ilmu sahaja), maka ia merupakan ZULMAT (kegelapan)..

Jika AMAL tidak beserta INGAT Pada Allah (zikrullah), maka ia adalah bisikan sahaja..

ZIKIR tanpa ILMU adalah FITNAH..”

beliau berkata lagi :

"Maksud ILMU yang pertama dan utama agar seseorang itu mengISLAH (memperbaiki) kekurangan dan kelemahan dirinya, memahami kewajipan atas dirinya dan berusaha memperbaiki dirinya..

Apabila ILMU digunakan untuk menyalahkan orang lain dan mencari keaiban orang, maka ILMU itu akan menjadi asbab takabbur dan sombong lalu ILMU itu akan membinasakan pemilik ILMU itu sendiri.."

Maulana Sayyid Abul Hasan an-Nadwi al-Hasani rahimahullah berkata :

"Belia-belia Islam yang bakal memimpin ummat pada masa akan datang sangat perlu diisikan dengan ILMU, TAZKIYAH RUHIYYAH, SEMANGAT JUANG (jihad & dakwah) dan sifat zuhud daripada dunia..

Kalau tidak, akan dibimbangi mereka akan kecundang dalam menghadapi cabaran akhir zaman.. Kepetahan lidah dalam berucap dan keluasan ilmu belum dapat memberi kesan yang terbaik kalau tidak disertai dengan kekuatan rohani yang mantap..."

beliau berkata lagi :

“Salah satu usaha dalam dakwah ini adalah menjadikan dakwah sebagai cara untuk mendatangkan orang awam kepada ulama', dan mewujudkan kerisauan ulama' pada diri orang awam.

Dan orang awam dapat memahami darjat ketinggian ulama', sehingga orang awam sentiasa mengambil manfaat daripada para ulama'. Sesuai dengan aturan dan penegasan atas hal ini, dianjurkan agar sentiasa berkhidmat kepada alim ulama'..”

Syeikh Maulana Saad al-Kandahlawi hafizahullah berkata :

"Dengan memahami bahawa Ta'lim (Tadris/Madrasah), Tabligh (dakwah) dan Tasawwuf (tariqat/suluk) adalah merupakan kerja-kerja Nubbuwwah (kenabian)..

Hanya orang yang bodoh akan mengatakan bahawa antara ketiga-tiganya bercanggah antara satu sama lain..

Pada pendapat saya, saya tidak melihat mana-mana satu yang lebih jahil daripada ini (ianya adalah kemuncak kejahilan) jika ada yang berpandangan bahawa kerja-kerja ini (ilmu,suluk,dakwah) adalah bertentangan antara satu sama lain.."

- ILMU, SULUK & DAKWAH TIDAK DAPAT DIPISAHKAN..

~ CINTA PADA PARA ULAMA' DAN SOLIHIN MERUPAKAN KEBAHAGIAAN BUAT KAMI..

Ya Allah, himpunkan lah kami bersama mereka Para Ulama' dan Solihin di dunia ini, di Akhirat dan di dalam Syurga kelak.. dan juga bersama penghulu Para Ulama' dan Solihin, iaitu Sayyiduna Rasulullah sollAllahu'alaihi wasallam..

Amin Allahumma Amin, bi sirril Fatihah...


Copy&Paste

Sunnah: Cara Rasulullah berpakaian

3:20 am 0

Sunnah dalam berpakaian - Cara Rasulullah berpakaian

1)Pakaian yang nabi paling suka ialah kurta(pakaian panjang:jubah).

2)Kurta nabi tidak panjang sampai tutup buku lali,tapi separuh betis dan semuanya berlengan panjang,tiada lengan pendek,dan panjang lengan tidak melepasi pergelangan tangan.

3)Nabi akan mula pakai semua pakaian bermula dengan kanan termasuk memulakan pakai selipar dengan kaki kanan. 

4)Nabi pernah pakai kurta/jubah yang sedikit ketat di pergelangan tangan ketika bermusafir.(macam zaman sekarang kita ada jubah yang ada butang kat pergelangan tangan).

5)Nabi pernah pakai jubah/kurta yang ada design dan juga pernah pakai jubah/kurta plain/kosong.

6)Nabi selalu membawa shawl bersama macam ust don tu dan shawl nabi selalunya berwarna (bukan putih).

7)Memakai jubah/kurta bertampal adalah sunnah nabi dan sahabatnya.(Kalau terkoyak jangan beli baru tapi tampal)

8)Shawl nabi berukuran 6 hasta panjang dan 3 hasta + 1 jengkal lebar.

9)Nabi suka jubah/kurta warna putih.

10) Ada riwayat yang menyatakan para sahabat nabi pernah memakai pakaian bewarna hitam dan shawl nabi juga bewarna hitam(macam saya punya,tengak gambar saya kat wall ada shawl saya buat tutup mulut).

11) Nabi tak suka lelaki pakai baju warna merah terang sebab merah warna kesukaan syaitan.

12)Nabi sentiasa memakai kain pelikat(macam saya jugak,hehehe) tapi kain pelikat nabi tidak berjahit,panjangnya 4 hasta + 1 jengkal dan lebarnya 2 hasta.

13)Nabi pakai kain pelikat tidak melebihi buku lali dan tingginya sehingga separuh betis(ramai orang malu nak pakai mcm ni,tapi TIDAK BAGI PECINTA NABI!)

14)Nabi telah bersabda yang kain jubah/seluar/kain pelikat yang melebihi buku lali kerana sombong akan disambar api neraka dan pelakunya tak kan bau syurga.

15)Para malaikat juga memakai kain hingga separuh betis bagi mengikuti sunnah baginda saw.

16)Pakai seluar adalah sunnah para sahabat nabi dan diriwayatkan bahawa manusia pertama pakai seluar ialah nabi ibrahim a.s.

17)Kopiah nabi dan sahabat melekat di kepala,yakni tidak tinggi dan ketat melekat hingga nampak bentuk kepala.tapi ketika bermusafir,nabi akan pakai kopiah yang tinggi tajam.

18)Nabi selalu pakai serban putih ketika bermusafir dan pakai serban hitam jika tak bermusafir.warna serban nabi yang dijumpai dalam riwayat ialah putih,hitam dan kuning cair.

19)Panjang serban nabi ialah 7 hasta panjang dan sehasta lebar.ada juga pendapat menyatakan panjangnya 12 hasta.dan serban nabi dinamakan 'sahaab' dan sunnah memakai serban dalam keadaan berdiri manakala pakai seluar pula sunnah dalam keadaan duduk.

20)Nabi ada pakaian khusus yang cuma dipakai pada hari jumaat,hari raya dan untuk sambut tetamu.


Sumber : Ibnu Batoota 

Saturday, 12 December 2015

Peringatan Menginsafkan: Bila Kita Mati, Tiada Lagi Orang Ziarahi

1:03 am 0
Bila kita mati, tiada lagi orang ziarahi.
Bahkan, selepas beberapa ketika anak dan isteri akan kembali ceria seperti biasa.
Inilah di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:
Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.
Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.
Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.
Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!

Kesedihan atas mu ada 3;
Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan.
Kawan-kawanmu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa!
Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan.
Demikianlah “kisahmu telah berakhir di tengah-tengah manusia”. Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT! Telah musnah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.
Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu? Hakikat ini memerlukan renungan.
Usahakan dengan sungguh-sungguh. Menjalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.
Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini in sha Allah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. “Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin”.
AllahuRabbi. Kubur itu semakin dekat untuk didiami!

Nota Penulis: Diambil dari Facebook Klip Soal Jawab Agama UAI

Kisah Pemuda, Perempuan & Sebotol Arak

12:42 am 0
KISAH PEMUDA, PEREMPUAN & SEBOTOL ARAK


Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hasan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan. Di sisi mereka terletak sebotol arak. Kemudian Hasan berbisik dalam hati, "Alangkah buruk akhlak orang itu dan baiknya kalau dia seperti aku!". 

Tiba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi terus terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas. Enam dari tujuh penumpang itu berhasil diselamatkan. Kemudian dia berpaling ke arah Hasan al-Basri dan berkata, "Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang". 

Bagaimanapun Hasan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata padanya, "Tuan, sebenarnya perempuan yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya sendiri, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan anggur atau arak".

Hasan al-Basri terpegun lalu berkata, "Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan"

Lelaki itu menjawab, "Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan" 

Semenjak itu, Hasan al-Basri semakin dan selalu merendahkan hati bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain. 

Jika Allah membukakan pintu solat tahajud untuk kita, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang sedang tertidur nyenyak. Jika Allah membukakan pintu puasa sunat, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman tidak ikut berpuasa sunat. Boleh jadi orang yang gemar tidur dan jarang melakukan puasa sunat itu lebih dekat dengan Allah, daripada diri kita. Ilmu Allah sangat amatlah luas. Jangan pernah taksub & sombong pada amalanmu. Saudaraku, semoga cerita ni boleh menjadi Pengubat Jiwa agar kita terhindar dari sifat mazmumah. Walau sehebat mana diri kita jangan berkata "Aku lebih baik drpd kalian". Wallahua'lam




Monday, 7 December 2015

Berlumba-lumbalah Kamu Dalam Berbuat Kebaikan

7:44 pm 0
Manusia hari ini, termasuk kita semua berlumba-lumba mengejar kemewahan duniawi, mengumpul harta kekayaan dan pangkat tetapi kita tidak berlumba-lumba melakukan kebaikan (fastabiqul khairat). 
Tiada yang berebut-rebut mengerjakan solat berjemaah, misalnya "jom solat berjemaah di masjid, jiran dah pergi", berlumba-lumba bersedekah, berlumba dalam mentaati Allah. Sebaliknya, kita berlumba tengok jiran sebelah tukar kereta baharu, kita kena tukar kereta juga. Jiran sebelah beli sofa baharu, kita pun kena beli. Itulah perlumbaan kita yang tersasar daripada perlumbaan yang Allah SWT anjurkan. 


Fastabiqul khairat...

 "...maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan..."(Surah Al-Baqarah 2:148)

 "...maka berlumba-lumbalah berbuat kebaikan..." (Surah Al-Maidah 5:48)

 "mereka itu bersegera dalam kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang yang terlebih dahulu memperolehnya." (Surah Al-Mu'minun 23:61)

Wallahualam
LightBlog