Sunnah dalam berpakaian - Cara Rasulullah berpakaian
1)Pakaian yang nabi paling suka ialah kurta(pakaian panjang:jubah).
2)Kurta nabi tidak panjang sampai tutup buku lali,tapi separuh betis
dan semuanya berlengan panjang,tiada lengan pendek,dan panjang lengan tidak
melepasi pergelangan tangan.
3)Nabi akan mula pakai semua pakaian bermula dengan kanan termasuk
memulakan pakai selipar dengan kaki kanan.
4)Nabi pernah pakai kurta/jubah yang
sedikit ketat di pergelangan tangan ketika bermusafir.(macam zaman sekarang
kita ada jubah yang ada butang kat pergelangan tangan).
5)Nabi pernah pakai jubah/kurta yang ada design dan juga pernah pakai
jubah/kurta plain/kosong.
6)Nabi selalu membawa shawl bersama macam ust don tu dan shawl nabi
selalunya berwarna (bukan putih).
7)Memakai jubah/kurta bertampal adalah sunnah nabi dan
sahabatnya.(Kalau terkoyak jangan beli baru tapi tampal)
8)Shawl nabi berukuran 6 hasta panjang dan 3 hasta + 1 jengkal
lebar.
9)Nabi suka jubah/kurta warna putih.
10) Ada riwayat yang menyatakan para sahabat nabi pernah memakai
pakaian bewarna hitam dan shawl nabi juga bewarna hitam(macam saya punya,tengak
gambar saya kat wall ada shawl saya buat tutup mulut).
11) Nabi tak suka lelaki pakai baju warna merah terang sebab merah
warna kesukaan syaitan.
12)Nabi sentiasa memakai kain pelikat(macam saya jugak,hehehe) tapi
kain pelikat nabi tidak berjahit,panjangnya 4 hasta + 1 jengkal dan lebarnya 2
hasta.
13)Nabi pakai kain pelikat tidak melebihi buku lali dan tingginya
sehingga separuh betis(ramai orang malu nak pakai mcm ni,tapi TIDAK BAGI
PECINTA NABI!)
14)Nabi telah bersabda yang kain jubah/seluar/kain pelikat yang
melebihi buku lali kerana sombong akan disambar api neraka dan pelakunya tak
kan bau syurga.
15)Para malaikat juga memakai kain hingga separuh betis bagi
mengikuti sunnah baginda saw.
16)Pakai seluar adalah sunnah para sahabat nabi dan diriwayatkan
bahawa manusia pertama pakai seluar ialah nabi ibrahim a.s.
17)Kopiah nabi dan sahabat melekat di kepala,yakni tidak tinggi dan
ketat melekat hingga nampak bentuk kepala.tapi ketika bermusafir,nabi akan pakai
kopiah yang tinggi tajam.
18)Nabi selalu pakai serban putih ketika bermusafir dan pakai serban
hitam jika tak bermusafir.warna serban nabi yang dijumpai dalam riwayat ialah
putih,hitam dan kuning cair.
19)Panjang serban nabi ialah 7 hasta panjang dan sehasta lebar.ada
juga pendapat menyatakan panjangnya 12 hasta.dan serban nabi dinamakan 'sahaab'
dan sunnah memakai serban dalam keadaan berdiri manakala pakai seluar pula
sunnah dalam keadaan duduk.
20)Nabi ada pakaian khusus yang cuma dipakai pada hari jumaat,hari
raya dan untuk sambut tetamu.
Sumber : Ibnu Batoota
No comments:
Post a Comment