ILMU . SULUK
. DAKWAH
Syeikh
Maulana Muhammad Ilyas al-Kandahlawi rahimahullah berkata:
“Hasil
daripada ILMU ialah wujudnya AMAL. Dan hasil daripada AMAL ialah wujudnya
ZIKIR..
Apabila ILMU
tidak wujudkan AMAL (hanya ilmu sahaja), maka ia merupakan ZULMAT (kegelapan)..
Jika AMAL
tidak beserta INGAT Pada Allah (zikrullah), maka ia adalah bisikan sahaja..
ZIKIR tanpa
ILMU adalah FITNAH..”
beliau
berkata lagi :
"Maksud
ILMU yang pertama dan utama agar seseorang itu mengISLAH (memperbaiki)
kekurangan dan kelemahan dirinya, memahami kewajipan atas dirinya dan berusaha
memperbaiki dirinya..
Apabila ILMU
digunakan untuk menyalahkan orang lain dan mencari keaiban orang, maka ILMU itu
akan menjadi asbab takabbur dan sombong lalu ILMU itu akan membinasakan pemilik
ILMU itu sendiri.."
Maulana
Sayyid Abul Hasan an-Nadwi al-Hasani rahimahullah berkata :
"Belia-belia
Islam yang bakal memimpin ummat pada masa akan datang sangat perlu diisikan
dengan ILMU, TAZKIYAH RUHIYYAH, SEMANGAT JUANG (jihad & dakwah) dan sifat
zuhud daripada dunia..
Kalau tidak,
akan dibimbangi mereka akan kecundang dalam menghadapi cabaran akhir zaman..
Kepetahan lidah dalam berucap dan keluasan ilmu belum dapat memberi kesan yang
terbaik kalau tidak disertai dengan kekuatan rohani yang mantap..."
beliau
berkata lagi :
“Salah satu
usaha dalam dakwah ini adalah menjadikan dakwah sebagai cara untuk mendatangkan
orang awam kepada ulama', dan mewujudkan kerisauan ulama' pada diri orang awam.
Dan orang
awam dapat memahami darjat ketinggian ulama', sehingga orang awam sentiasa
mengambil manfaat daripada para ulama'. Sesuai dengan aturan dan penegasan atas
hal ini, dianjurkan agar sentiasa berkhidmat kepada alim ulama'..”
Syeikh
Maulana Saad al-Kandahlawi hafizahullah berkata :
"Dengan
memahami bahawa Ta'lim (Tadris/Madrasah), Tabligh (dakwah) dan Tasawwuf
(tariqat/suluk) adalah merupakan kerja-kerja Nubbuwwah (kenabian)..
Hanya orang
yang bodoh akan mengatakan bahawa antara ketiga-tiganya bercanggah antara satu
sama lain..
Pada
pendapat saya, saya tidak melihat mana-mana satu yang lebih jahil daripada ini
(ianya adalah kemuncak kejahilan) jika ada yang berpandangan bahawa kerja-kerja
ini (ilmu,suluk,dakwah) adalah bertentangan antara satu sama lain.."
- ILMU,
SULUK & DAKWAH TIDAK DAPAT DIPISAHKAN..
~ CINTA PADA
PARA ULAMA' DAN SOLIHIN MERUPAKAN KEBAHAGIAAN BUAT KAMI..
Ya Allah,
himpunkan lah kami bersama mereka Para Ulama' dan Solihin di dunia ini, di
Akhirat dan di dalam Syurga kelak.. dan juga bersama penghulu Para Ulama' dan
Solihin, iaitu Sayyiduna Rasulullah sollAllahu'alaihi wasallam..
Amin
Allahumma Amin, bi sirril Fatihah...
Copy&Paste
No comments:
Post a Comment