Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.
Suatu hari dia berjalan di sebuah jalan
dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam
rumah. Apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci
pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya
dengan Allah dan azab yang pedih..
Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu
semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan
rindu yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.
Wanita itu berkata pada pemuda
penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu
nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang
bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah
tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”
Melihat sikap wanita itu yang
nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk
ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila
masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa
takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu
jalan keluar.
Pemuda itu pun buang air besar dan
ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata:
“Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik
aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”
Apabila pemuda itu keluar dari
bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa
terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan
keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari
rumahnya dengan segera.
Lepaslah si pemuda dari dugaan yang
amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus
balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang
tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.
Setelah selesai solat, pemuda itu
menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan
tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid
mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat
wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak
harumannya..
Dikatakan bahawa bauan itu kekal
dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu
Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..
Ingatlah, apabila seseorang
melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah.
Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah
terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina
hati namanya.
No comments:
Post a Comment